: Madeline Zech Ruiz
: Suamiku Doktor Zakar Yang Juga Memperbaik Wanita I Married A Penis Doctor Who Fixes Women Too
: Madeline Zech Ruiz
: 9781952114045
: 1
: CHF 8.30
:
: Klinische Fächer
: Malay
: 137
: DRM
: PC/MAC/eReader/Tablet
: ePUB

Jumlahnya sangat mengejutkan, dan tiada siapa yang ingin bercakap tentangnya. Lebih separuh daripada lelaki di negara ini terkena kesan pada satu ketika dalam hidup mereka oleh masalah mati pucuk. Sangat ramai lelaki yang boleh didiagnosis yang mengalami kanser prostat atau rasa kesulitan untuk kencing.
Para wanita tidak jauh ketingalan tentang masalah yang berterusan ini secara rangsangan seksual, mencapai orgasme atau menghadapi kesakitan ketika berhubungan seks. Campurkan semuanya dan akhirnya kamu akan menghadapi masalah kurang keinginan.
Tambahkan juga tentang masalah paip seperti inkontinens buat kedua-dua jantina dan sekarang kamu nampak keperluannya pada masa yang sama hampir membuatkan kamu ketawa dan menangis. Tetapi, jangan lakukannya atau kamu mungkin akan mengalami ketirisan!
Walaupun ini bukanlah perkara yang lucu, urologi akan tetap menjadi perbualan yang paling menghiburkan, yang boleh kamu dapat dengan sahabat karib kamu. Tambahkan buku ini dan kamu akan ketawa dengan kuat, pada masa yang sama mendapat jawapan bagaimana perkara di bawah sana dapat diperbaiki. Carilah jawapan untuk membuatkan paip kamu berfungsi semula dan dapatkan semula kualiti hidup kamu.
Tidak kira apa pun orientasi seksual kamu buku ini memberikan tumpuan pada fungsi zakar dan faraj dan bagaimana dapat mempengaruhi kualiti hidup kamu.
Pada akhirnya, kita semua dihubungkan ke dalamnya oleh masalah paip kita dan semua yang berlaku di bawah sana. Realiti tentang paip manusia ini sebaiknya dapat memberikan kita perspektif yang sihat tentang kemanusiaan. Urologi adalah peringatan asas kepada kita untuk bekerja dengan lebih keras dalam bersikap baik kepada semua orang, tidak kira apa pun perbezaan pendapat kita. Perjuangan tentang urologi ini setara dengan kewujudan manusia.
Penulis telah menjadi isteri kepada seorang pakar urologi rekonstruktif, 'Doktor Zakar' selama hampir 20 tahun. Suaminya adalah salah satunya sebagai seorang doktor yang paling sibuk mengamalkan perubatan ini di kota ini, yang telah membantunya dengan begitu mudah sehingga dapat menyusun senarai '10 Jenis Teratas' tentang masalah urologi yang paling lazim berlaku kepada lelaki dan wanita.
Sebagai seorang isteri kepada Doktor Zakar, penulis menterjemahkan keadaan urologi perubatan dengan cara yang sensitif dan berjenaka.
Buku ini cukup lunak untuk dibaca oleh setiap golongan, cukup lucu buat setiap wanita untuk menikmatinya, dan cukup mendidik untuk memberikan salinan kepada semua orang yang kamu kenal. Seorang isteri kepada Doktor Zakar menjadikannya selamat dan dia sangat terbuka untuk bercakap tentang segala perkara urologi dan menggalakkan kamu untuk mendakap paip kamu sendiri.